Perkampungan al-Araqeeb diroboh kali ke-193

GURUN NAQAB, 30 Sep 2021 — Pihak perbandaran dan polis Zionis hari ini meroboh perkampungan Arab Badwi di Al-Araqeeb buat kali ke 193, sejak tahun 2000.

Tindakan tersebut merupakan kejadian kali kedua sepanjang bulan September, dan kali ke 11 sejak awal tahun ini. Keluarga-keluarga mangsa membina semula rumah dan kemah mereka setiap kali diroboh oleh rejim Zionis.

Rejim Zionis cuba memberi tekanan dan memaksa penduduk keluar meninggalkan kawasan al-Araqeeb bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah bandar khusus untuk pendatang Yahudi.

Al-Araqeeb terletak di selatan Gurun Naqab. Sekitar 300 penduduknya tinggal dalam 40 buah rumah dan kemah yang dibina menggunakan zink atau bahan semulajadi.

Ia merupakan salah sebuah 45 perkampungan yang “tidak diiktiraf” oleh rejim Zionis dan tidak mendapat sebarang kemudahan asas termasuklah bekalan elekrtik dan air, perkhidmatan kesihatan dan juga pendidikan.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts