Perkampungan Al-Araqeeb diroboh kali ke-196

GURUN NAQAB, 20 Dis 2021 — Rejim Zionis memusnahkan semua kemah dan struktur binaan penduduk Arab Badwi di perkampungan Al-Araqeeb, hari ini.

Tindakan tersebut dibuat kali ke-196 sejak 2000, sekaligus meninggalkan penduduk termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas tanpa tempat berteduh dalam cuaca musim sejuk dan hujan.

Penduduk Al-Araqeeb tinggal dalam kebimbangan berterusan, kerana pasukan polis dan perbandaran Zionis menceroboh masuk perkampungan mereka pada bila-bila masa, apabila penduduk membina semula kediaman selepas dirobohkan.

Al-Araqeeb merupakan salah sebuah daripada sekitar 50 perkampungan Badwi di Gurun Naqab yang “tidak diiktiraf” dan menjadi sasaran ionis. Perobohan perkampungan terbabit merupakan langkah sistematik rejim penjajah untuk menghalau penduduk asal, bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah bandar khusus untuk pendatang Yahudi.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts