Perkampungan Al-Araqib Dimusnahkan Buat Kali Ke-91

BEERSHEBA, 26 Nov 2015 (Maan) — Tentera Zionis hari ini merobohkan rumah-rumah penduduk di perkampungan badwi Al-Araqib di wilayah Gurun Naqab buat kali ke-91.

Tentera yang lengkap dengan jentera berat memasuki perkampungan tersebut di waktu pagi dan memusnahkan semua bangunan serta meratakan tanah kawasan perkuburan di situ.

Penduduk telah beberapa kali tinggal sementara di kawasan perkuburan tersebut apabila tentera merobohkan sebahagian daripada kawasan kampung, memandangkan pihak rejim Zionis sebelum ini telah memberi jaminan bahawa kawasan perkuburan tidak akan dimusnahkan.

Salah seorang penduduk, Saleem al-Araqib, berkata bahawa tindakan Zionis kali ini tidak akan sekali-kali mengubah pendirian mereka dalam mempertahankan tanah tersebut.

Terdapat sekitar 260,000 penduduk badwi di Palestin, yang kebanyakannya tinggal di sekitar Gurun Naqab dan kawasan selatan.

Majoriti penduduk Al-Araqib adalah bangsa badwi Palestin yang mendapat kewarganegaraan “Israel.” Mereka menjadi sasaran tentera Zionis sejak tahun 2010 lagi.

Lebih separuh daripada mereka tinggal di kawasan perkampungan yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis. Mereka hidup dalam keadaan sangat miskin, tanpa kemudahan asas seperti air dan elektrik.

Al-Araqib adalah salah satu daripada 40 buah perkampungan yang tidak diiktiraf, dengan alasan 53,000 penduduk asal di situ gagal membuktikan hak pemilikan mereka ke atas tanah yang diduduki.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts