Perkampungan al-Araqib diroboh buat kali ke-105

GURUN NAQAB, 2 Nov 2016 (Maan) — Pasukan polis Zionis dari unit khas Yoav dikerahkan ke kawasan al-Araqib di Gurun Naqab bagi melindungi sepasukan buldozer menceroboh masuk dan memusnahkan perkampungan Badwi yang tidak diiktiraf itu, buat kali ke-105.

Beberapa buah kenderaan milik penduduk turut dirampas.

Perkampunan al-Araqib diroboh buat pertama kali pada 27 Jun 2010. Di samping meroboh perkampungan tersebut, rejim Zionis juga memfailkan beberapa kes ke atas penduduk di mahkamah serta mengenakan denda berjumlah lebih 2 juta shekel.

Al-Araqib adalah salah satu daripada 35 perkampungan yang tidak diiktiraf oleh pihak rejim, yang mejadi tempat tinggal 160,000 penduduk Badwi. Rejim Zionis ingin memindahkan mereka ke zon penempatan baharu bagi memberi laluan kepada pembinaan bandar penempatan khusus untuk pendatang Yahudi.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts