Perkampungan Araqib Diroboh Lagi Buat Kali ke-88

GURUN NAQAB, 26 Ogos 2015 (PIC) — Perkampungan al-Araqib di Gurun Naqab hari ini sekali lagi dirobohkan oleh rejim Zionis buat ke ke-88 sejak tahun 2010. Tentera Zionis menceroboh masuk perkampungan pada waktu tengahari dan memaksa penduduk keluar dengan ancaman senjata.

Pemusnahan perkampungan Araqib serta beberapa lagi kawasan di Gurun Naqab merupakan sebahagian daripada perancangan Zionis untuk mengusir lebih 120,000 penduduk Palestin keluar dari rumah dan perkampungan mereka, bagi membina penempatan baharu Yahudi di atas runtuhan apa yang mereka panggil sebagai “perkamoungan yang tidak diiktiraf.”

Setiap minggu penduduk asal Badwi yang mendiami kampung tersebut mengadakan tunjuk perasaan membantah perobohan rumah mereka. Ahad lalu, mereka turun berdemonstrasi di Beersheba menuntut supaya kejahatan rejim Zionis terhadap al-Araqib dihentikan.

Rejim Zionis tidak mengiktiraf 51 buah perkampungan Palestin di Gurun Naqab. 11 juta dunum, di mana satu dunum bersamaan 1,000 meter persegi, telah dirampas oleh tentera Zionis sejak 1948. Kini hanya tinggal sejuta dunum yang belum dirampas dan rejim berusaha mengusir keluar semua penduduk Badwi yang masih tinggal di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts