Perkampungan Badwi al-Araqeeb dimusnahkan kali ke-116

GURUN NAQAB — Pihak berkuasa rejim penjajah Zionis pagi tadi memusnahkan perkampungan Badwi al-Araqeeb buat kali ke-116.

Pasukan polis Zionis menyerbu masuk dan mengepung perkampungan tersebut, sebelum pasukan buldozer dikerah memusnahkan semua rumah-rumah dan struktur binaan milik masyarakat Badwi.

Rejim Zionis memusnahkan perkampungan Badwi di kawasan tersebut bagi membina sebuah bandar khusus untuk kaum Yahudi. Mereka bahkan menuntut penduduk supaya membayar jutaan dollar bagi menampung kos perobohan yang dilakukan sejak tahun 2010.

(PIC | MEMO)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts