Perkampungan Badwi al-Araqeeb dirobohkan kali ke-98

GURUN NAQAB, 19 Mei 2016 (PIC) — Buldozer pihak perbandaran Zionis semalam memusnahkan perkampungan Badwi al-Araqeeb dan menghalau penduduknya buat kali ke 98.

Ketua perkampungan tersebut, Abu Sayyah Attouri, dalam keterangan beliau menyebut bahawa pekerja perbandaran yang dikawal oleh pasukan polis menyerang masuk dan memusnahkan semua rumah serta struktur binaan atas alasan pembinaan tanpa kebenaran.

Al-Araqeeb merupakan salah satu daripada 45 buah kampung Badwi Palestin yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis. Ia pertama kali dimusnahkan pada bulan Julai 2010. Setiap kali dimusnahkan, penduduknya akan bina semula rumah-rumah mereka bagi menegaskan kewujudan dan hak mereka, bahawa mereka tidak akan sekali-kali meninggalkan tanah tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts