Perkampungan Badwi al-Araqib dimusnahkan kali ke-103

GURUN NAQAB, 20 Sep 2016 (PIP) — Tentera penjajah Zionis memusnahkan perkampungan Badwi Palestin al-Araqib di Gurun Naqab buat kali ke-103.

Al-Araqib dimusnahkan buat pertama kali pada 27 Julai 2010. Puluhan buah rumah dirobohkan atas alasan dibina tanpa kebenaran, menyebabkan penduduknya hilang tempat tinggal. Setiap kali perkampungan mereka dimusnahkan, penduduk akan bina semula rumah dan khemah mereka.

Al-Araqib merupakan sebuah perkampungan seluas 1,300 hektar dan terletak di utara kota Bersheba. Ia adalah salah satu daripada 51 perkampungan Badwi Palestin yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis. Kawasan ini menjadi sasaran untuk dihancurkan dan dibina sebuah bandar khusus untuk pendatang Yahudi.

Rejim Zionis pernah menuntut penduduk al-Araqib supaya membayar 2 juta shekel (RM2.2 juta) sebagai ganti rugi pembiayaan memunahkan perkampungan mereka sejak pertama kali hingga ke kali kelapan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts