BEIT LAHM, 10 Feb 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis terus mengepung perkampungan Nahalin di barat Beit Lahm sejak dua berturut-turut.
Semua laluan masuk ke perkampungan tersebut ditutup dengan bongkah simen dan sekatan tentera, sehingga menyekat semua lalulintas keluar dan masuk.
Tentera Zionis mendakwa bahawa pemuda Palestin yang dikatakan menikam seorang pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram Neve Daniel, yang dibina di atas tanah penduduk Plestin di selatan Beit Lahm, telah melarikan diri ke Nahalin.
Penduduk melaporkan tentera memecah masuk rumah mereka dan mencetuskan suasana kecoh, dengan menangkap beberapa orang pemuda dan menjadikan bumbung rumah penduduk sebagai pengkalan pemerhati tentera.