Persatuan Bulan Sabit Merah UAE Sumbang 121 kenderaan kepada Gaza

Persatuan Bulan Sabit Merah Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menyumbangkan 121 kenderaan, termasuk 18 buah ambulan yang lengkap dengan kemudahan perubatan kecemasan untuk Tebing Gaza. Sumbangan ini adalah merupakan sebahagian dari projek memperlengkapkan kemudahan perubatan dan kesihatan di Tebing Gaza.

The Emirates News Agency (WAM) melaporkan bahawa sumbangan tersebut adalah merupakan inisiatif bersungguh oleh Presiden UAE, Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan, Gen. Mohammad Ben Bin Zayed Al Nahyan, Putera Raja Abu Dhabi dan Komander Tertinggi Timbalan Angkatan Bersenjata UAE. Laporan WAM juga menyebutkan bahawa bantuan ini bertujuan demi meningkatkan keadaan hidup bagi rakyat Palestin dalam Semenanjung Gaza yang dalam kesusahan dan penderitaan setelah di sekat dengan ketat kemasukan sebarang bantuan memasuki Gaza oleh pemerintahan Israel.

Dianggarkan kos sumbangan tersebut adalah dalam 13 juta Durhams (lebih daripada $3.53 Million). Persatuan Bulan Sabit Merah UAE berkata bantuan tersebut diharapkan dapat dimanfaatkan oleh Kementerian bagi Ehwal Sosial Palestin untuk membantu penduduk Palestin. Ia juga diharapkan dapat meningkatkan keupayaan  Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dalam memberi khidmat kepada masyarakat Palestin setelah banyak ambulan mereka di tembak oleh tentera Israel semasa perang di Gaza yang lalu. imemc

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts