Persatuan Ulama Palestin: Masjid Al-Aqsa Akan Runtuh

GAZA, 12 Dis – Persatuan Ulama Palestin (LPS) telah memberi amaran kepada negara-negara Arab dan Islam akan tindakan agresif penghancuran Israel semakin meningkat di sekitar Masjid Al-Aqsa, begitu juga kegiatan penempatan haram dan yahudisasi di Baitulmuqaddis yang diduduki terutama di sekitar Masjid Al-Aqsa.

LPS membuat kenyataan tersebut pada Sabtu (11/12) bahawa pihak kuasa Israel (tentera penjajah Israel) telah mulalan langkah agresif menghancurkan Masjid Aqsa dan sekitarnya.

Bangsa Arab dan Islam harus bangun sebelum terlambat, demikian seruan LPS.

LPS memberi amaran bahawa Masjid Aqsa akan runtuh, dan bertanyakan bilakah saatnya umat Islam akan bangkit mempertahankan Masjid Al Aqsa, apakah usaha Israel saat ini menghancurkan Al-Aqsa tidak cukup untuk menyedarkan umat. (pic)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts