AMMAN, 28 Mac 2017 (PIC) — Menteri Luar Arab semalam mengesahkan bahawa negara-negara Arab berpegang kepada rancangan damai yang dilancarkan di Persidangan Beirut pada tahun 2002 dan keengganan mereka mengiktiraf “Israel” sebagai sebuah negara Yahudi.
Menjelang Persidangan Amman pada hari esok (Rabu), negara Arab yag masih belum mengiktiraf al-Quds sebagai ibu negara negara Palestin akan diarah berbuat demikian. Mereka turut menetapkan bahawa undang-undang Zionis bagi penaklukan ke atas al-Quds Timur sebagai tidak sah dan terbatal.