Pertama kali sejak 47 tahun, Zionis guna kenderaan peronda di perkarangan al-Aqsa

AL-QUDS, 13 Jun 2016 (PIP) — Jabatan Wakaf Islam di al-Quds mengecam tindakan baharu penjajah Zionis yang menggunakan kenderaan peronda bagi mengawal perkarangan Masjid al-Aqsa.

Kenyataan media Jabatan Wakaf semalam meletakkan rejim Zionis bertanggungjawab ke atas akibat tindakan mereka yang memperleceh pihak pengurusan masjid suci dan menghina umat Islam. Mereka juga menyeru kerajaan Jordan supaya campur tangan untuk menghentikan sikap provokatif Zionis itu.

Sebelum ini, pihak Zionis turut mengenakan tekanan kepada umat Islam dengan menghalang pembukaan sebuah tempat mengambil wudhuk baharu di Pintu al-Ghawanimah, serta memasang kamera pemantau di situ.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts