Pertempuran di Huwwara: 3 penduduk Palestin ditangkap, pembunuh masih dibiarkan bebas

BEIT LAHM, 25 Mei 2017 (Maan) — Polis Zionis menangkap tiga penduduk Palestin kerana disyaki terlibat dalam pertempuran di perkampungan Huwwara minggu lalu, manakala pendatang Yahudi yang menembak mati pemuda Muataz Bani Shamsa dalam insiden tersebut masih dibiarkan bebas tanpa sebarang tindakan.

Menuru kenyataan polis Zionis, tiga penduduk terbabit disyaki membaling batu ke arah pendatang Yahudi yang melepaskan tembakan. Pendatang tersebut turut merempuh sebuah ambulan yang berkejar untuk membantu Muataz, namun dalam laporannya beliau mendakwa ambulan tersebut secara sengaja menyekat laluan kenderaan beliau.

Pemandu ambulan, Yousif Moussa Deiriyyeh, turut ditahan dan dikurung dalam penjara Megiddo sehingga 29 Mei kerana “cuba menghalang” kenderaan dan mendedahkan pendatang Yahudi tersebut kepada bahaya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts