Pertempuran selepas pendatang Yahudi ceroboh makam Nabi Yusuf

NABLUS, 14 Dis 2015 (PIC) — Pertempuran tercetus di Nablus awal pagi tadi di antara tentera Zionis dan puluhan pemuda Palestin selepas ratusan pendatang Yahudi menyerbu masuk ke makam Nabi Yusuf yang terletak di timur bandar tersebut.

Bas dan kereta yang membawa ratusan pendatang Yahudi menceroboh masuk bandar Nablus melalui sekatan tentera di Awarta, dengan diiringi oleh sebilangan besar kenderaan tentera Zionis.

Pertempuran tercetus apabila tentera menembak gas pemedih mata ke arah rumah penduduk Palestin, yang kemudian dibalas oleh pemuda Palestin dengan membaling batu dan botol kosong.

Beberapa buah rumah penduduk diceroboh masuk dan digeledah oleh tentera Zionis. Lapan penduduk ditahan, termasuk kanak-kanak.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts