Pertempuran tercetus di kem pelarian Aroub

AL-KHALIL, 17 Ar 2016 (PIC) — Petempuran yang tercetus sejak semalam menjadi semakin sengit pagi tadi di jalan masuk kem pelarian Aroub di utara al-Khalil.

Pemuda Palestin membaling batu dan botol ke arah kenderaan tentera Zionis yang berkawal di Jalan 60 yang menghubungkan bandar Beit Umar dan bulatan Etzion. Manakala pihak tentera penjajah melepaskan tembakan gas pemedih mata dan grenad pelali secara rambang ke arah para pemuda.

Sabtu lalu pertempuran tercetus di kem tersebut ketika upacara pengkebumian bekas tahanan Ibrahim Baradiya yang ditembak mati oleh tentera Zionis pada hari Khamis lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts