Pertempuran Tercetus Di Silwan Dan Al-Issawiya

AL-QUDS, 30 Nov 2015 (Maan) — Pertempuran tercetus di beberapa kawasan kejiranan di Silwan dan al-Issawiya apabila tentera Zionis menyerbu masuk kawasan Ras al-Amoud, al-Thuri, Ein al-Lawza dan Beir Ayyoub di Silwan, sambil melepaskan tembakan grand pelali dan peluru getah ke arah penduduk.

Tentera dilaporkan mengepung kawasan sekitar rumah keluarga Ayman Abbasi, 17 tahun, yang ditembak mati Ahad lalu dalam satu pertempuran di tempat yang sama. Mereka juga menyerbu rumah keluarga Abu Riyala di kejiranan al-Issawiya.

Tentera juga menceroboh masuk kejiranan Jabal al-Mukaber bagi menyambung kerja perobohan rumah keluarga Ghassan Abu Jamal. Ghassan bersama sepupunya Uday ditembak mati selepas membunuh empat orang Yahudi di sebuah sinagog pada bulan November tahun lalu. Rumah mereka mula diroboh pada 6 Oktober lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts