Pertempuran tercetus semula di Araqib

GURUN NAQAB, 20 Julai 2016 (PIC) — Pertempuran di Araqib tercetus semula hari ini apabila polis Zionis mengenakan sekatan ke atas perkampungan Badwi Palestin itu sejak empat hari lalu.

Beberapa penduduk termasuk dua orang kanak-kanak dilaporkan cedera, manakala beberapa orang pemuda ditangkap.

Pada masa yang sama, buldozer Zionis terus meratakan tanah dan mencabut tanaman di perkampungan tersebut, dengan dilindungi oleh pasukan polis dan pengawal sempadan.

Araqib merupakan salah satu daripada 45 buah perkampungan Badwi Palestin di Gurun Naqab yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis. Sejak 27 Julai 2010, perkampungan itu telah diroboh oleh tentera Zionis sebanyak 100 kali.

Sungguhpun terpaksa berhadapan dengan tekanan dan penindasan harian oleh pihak rejim penjajah, penduduk Badwi ini tetap bertahan di situ bagi menghalang tanah mereka dirampas untuk dijadikan sebuah kawasan bandar khusus bagi pendatang Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts