Pertubuhan hak asasi kecam Britain kerana beri kekebalan kepada Livni

LONDON, 4 Julai 2016 (PIC) — Pertubuhan Arab bagi Hak Asasi (AOHR) di United Kingdom (UK) menyelar kerajaan Britain kerana memberikan kekebalan diplomatik kepada mantan Menteri Luar Zionis, Tzipi Livni.

Livni telah diarah supaya hadir ke sesi soal siasat oleh unit jenayah berat Scotland Yard pada 30 Jun lalu, atas tuduhan jenayah perang yang dilakukan ke atas penduduk Gaza pada tahun 2008.

Mantan Menteri Luar tersebut dijadualkan terbang ke London untuk menyertai satu persidangan yang dianjurkan oleh media Zionis, Haaretz.

Oleh kerana bimbang beliau dikenakan tindakan undang-undang ketika berada di London, rejim Zionis bertindak segera memohon jaminan dari kerajaan Britain supaya Livni dibenarkan berkunjung ke Londong tanpa sebarang halangan.

Susulan tindakan tersebut, kerajaan British mengeluarkan jaminan rasmi dengan memberikan status “Misi Diplomatik Khas” kepada Livni.

Pada tahun 2012, Livni disabitkan bersalah dalam jenayah perang yang telah membunuh 1,500 Palestin termasuk 300 kanak-kanak dan mencederakan lebih 5,000 yang lain di Gaza.

Pada bulan Februari 2004, kerajaan Britain juga menberi status kekebalan khas kepada Menteri Perang Zionis Shaul Mofaz serta gagal menangkap seorang lagi penjenayah perang Zionis, Jeneral Doron Almog, pada bulan November 2005.

AOHR menyelar sikap pilih kasih kerjaan Britain, di mana mereka gagal menangkap pemimpin Zionis yang jelas melakukan jenayah, sedangkan mereka mengambil setiap langkah untuk menangkap Sheikh Raed Salah di London walaupun beliau tidak melalukan sebarang jenayah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts