Pertubuhan wanita Yahudi seru pencerobohan besar-besaran ke atas al-Aqsa

AL-QUDS, 2 Sep 2016 (PIC) — Pertubuhan wanita Yahudi berusaha mengadakan pencerobohan secara besar-besaran ke atas Masjid al-Aqsa bersempena sambutan Tahun Baharu Yahudi pada hari Ahad ini.

Pertubuhan “Woman for the Temple” itu melancarkan kempen mereka melalui media sosial.

Pagi tadi, seramai 102 orang fanatik Yahudi melakukan pencerobohan dengan diiring oleh pasukan polis bersenjata. Pasukan keselamatan khas dikerah ke pintu masuk Musolla al-Qibli bagi memberi perlindungan kepada kumpulan fanatik tersebut, yang masuk melalu Pintu al-Maghareebah.

Sepanjang bulan Ogos lalu, seramai 1,915 orang pelampau Yahudi, termasuk 116 askar yang berpakaian seragam, menceroboh masuk ke dalam al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts