AL-QUDS, 20 Apr 2016 (PIC) — Beberapa pertubuhan Yahudi dengan kerjasama pihak keselamatan Zionis menyiapkan semua persediaan untuk penodaan secara besar-besaran ke atas Tembok al-Buraq, yang mereka gelar sebagai Tembok Ratapan, di tembok barat Masjid al-Aqsa.
Musim baharu penodaan Yahudi ke atas Tembok al-Buraq dan perkarangannya dibayangi oleh resolusi yang dibuat oleh UNESCO bahawa tembok tersebut dan perkarangannya adalah milik mutlak umat Islam.
Setiap tahun, penodaan Yahudi ke atas Tembok al-Buraq dan perkarangannya akan tiba kemuncaknya sepanjang musim-musim perayaan Passover di bulan April dan Sukkot di bulan September hingga Oktober. Satu hari dalam setiap musim perayaan tersebut akan dipilih bagi mengadakan perhimpunan melakukan ritual secara besar-besaran di tembok sebelah barat Masjid al-Aqsa.