AL-QUDS, 23 Jun 2014 — Beberapa pertubuhan kuil Yahudi telah menghantar surat permohonan kepada perdana menteri Zionis, Benjamin Netanyahu, bagi mendesak diberi kebenaran melakukan upacara keagamaan Yahudi di Masjid al-Aqsa. Upacara itu dikatakan sebagai doa supaya tiga orang peneroka Yahudi yang hilang lebih seminggu lalu selamat pulang.
Yayasan Wakaf dan Warisan al-Aqsa mengesahkan bahawa Netanyahu telah menerima surat tersebut, di mana kumpulan-kumpulan Yahudi itu memohon untuk melakukan upacara di masjid al-Aqsa sehinggalah ketiga-tiga peneroka tersebut selamat kembali.
Dalam kejadian lain, penjaga-penjaga serta para jemaah Masjid al-Aqsa telah menghalang sekumpulan rabbi dan peneroka Yahudi daripada memasuki Madjis al-Aqsa. Sekitar 22 orang peneroka di bawah kawalan pasukan polis Zionis telah memasuki perkarangan masjid melalui pintu Maghariba dan membuat provokasi terhadap para jemaah masjid.
—–
Sumber : Palestinian Information Centre.