AL-QUDS, 9 Jun 2016 (PIP) — Pertubuhan-pertubuhan “Bukit Haikal” menyeru pencerobohan masuk ke dalam Masjid al-Aqsa secara besar-besaran hari ini, sempena menjelangnya perayaan “minggu Yahudi” yang jatuh pada hari Ahad depan.
Pertubuhan-pertubuhan yang dipimpin oleh “Mahasiswa untuk Bukit Haikal” menyebar seruan tersebut melalui laman media dan jaringan sosial. Selain daripada menceroboh masuk ke masjid suci itu, mereka juga akan mengadakan sesi ceramah mengenai kepentingan Bukit Haikal [Temple Mount, Masjid al-Aqsa].
Pertubuhan terbabit aktif menggerakkan perjumpaan di rumah dan forum-forum kecil di kampus, dengan tujuan mengaktifkan masyarakat Yahudi dan mengajak mereka menceroboh masuk Masjid al-Aqsa demi perancangan membina Kuil Haikal di atas runtuhan masjid.