Pesakit barah dalam penjara Zionis disahkan positif Covid-19

RAMALLAH, 12 Julai 2020 — Tahanan Kamal Abu Wa’ar yang menghidap penyakit barah, disahkan positif Covid-19.

Kamal, 46, dikesan menghidap barah pangkal tekak pada tahun lalu, namun tidak diberi rawatan sehingga kini. Beliau dipindahkan dari penjara Gilbao ke Pusat Rawatan Afula apabila kesihatannya semakin buruk.

Jumaat lalu, Kamal dipindahkan ke Pusat Rawatan Assaf Harofeh, di mana beliau menjalani ujian Covid-19 dan disahkan positif.

Beliau kini ditempatkan dalam kurungan berseorangan di Seksyen 2 penjara Gilbao, yang juga mengurung 24 tahanan lain.

Kamal sedang menjalani hukuman enam kali penjara seumur hidup dengan tambahan 50 tahun.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts