GAZA, 19 Dis 2017 — Syarikat-syarikat yang membekal makanan untuk pesakit di hospital-hosptal di Gaza terpaksa menghentikan perkhidmatan katering kerana tidak mendapat bayaran sejak beberapa bulan lalu.
Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf Al-Qidra, kerajaan perpaduan di Ramallah sehingga kini belum membayar perkhidmatan syarikat-syarikat terbabit.
Ratusan pesakit tidak mendapat makanan dan Kementerian Kewangan tidak memberi sebarang maklum balas ke atas permintaan supaya menjelaskan hutang.
Hospital-hospital di Gaza memerlukan 86,000 hidangan makanan setiap tahun, dengan kos $US1.7juta.
Tahun lalu, kos tersebut ditampung dengan bantuan dari pertubuhan-pertubuhan kebajikan.
(MEMO)