Pesakit kanak-kanak meninggal dunia kerana tidak dibenarkan keluar Gaza

GAZA, 13 Julai 2017 (PIC) — Pesakit kanak-kanak Yara Bakhit, 3, meninggal dunia apabila gagal mendapatkan rujukan perubatan daripada Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Ramallah untuk mendapatkan rawatan di luar Gaza.

Kanak-kanak perempuan yang menghidap sakit jantung itu merupakan mangsa terkini akibat keputusan PA untuk tidak mengeluarkan rujukan perubatan kepada pesakit di Gaza, di mana seramai 15 pesakit telah meninggal dunia sejak awal 2017.

Beberapa hari lalu Kementerian Kesihatan di Gaza mengeluarkan amaran bahawa lebih ramai pesakit di wilayah yang terkepung itu berhadapan dengan maut setelah PA enggan mengeluarkan rujukan perubatan kepada mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts