Petani Gaza cedera ditembak tentera Zionis

GAZA, 20 Julai 2016 (PIC) — Seorang petani Gaza cedera ditembak oleh tentera Zionis di kebunnya di kawasan sempadan tengah Gaza.

Tentera Zionis yang berpengkalan di pos Kissufim di timur laut Khan Younis melepaskan tembakan ke arah kawasan pertanian di Deir Balah di tengah Gaza, sekaligus mencederakan mangsa yang berumur 33 tahun itu di bahagian peha kirinya.

Seluas 2,700 tanah pertanian, iaitu 35% daripada keluasan tanah pertanian di Gaza, terdedah kepada risiko serangan tentera Zionis di sempadan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts