Petani Gaza cedera ditembak

GAZA, 14 Dec 2015 (Maan) — Seorang petani Gaza semalam cedera ditembak tentera Zionis di timur Rafah. Mangsa dikejarkan ke Hospital Abu Yousif al-Najjar.

Pasukan tentera Zionis yang berkawal di kawasan sempadan berdekatan pengkalan tentera Kerem Shalom melepaskan tembakan ke arah petani berkenaan ketika mereka sedang bekerja di kebun.

90% tanah subur di Gaza terletak di sepanjang zon yang dilarang penduduk Palestin memasukinya, menjadikan ianya mustahil bagi petani untuk mengerjakan kebun mereka tanpa risiko diserang oleh tentera Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts