Petani Palestin Diharamkan Masuk Kebun Zaitun Mereka

NABLUS, 5 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menghalang petani-petani Palestin daripada memasuki kebun zaitun mereka di bandar Qaryout, selatan wilayah Nablus.

Tentera menghalang para petani memetik buah zaitun dan memaksa mereka meninggalkan kebun di kawasan al-Khawaneg, bersebelahan pos penempatan haram Eli.

Pihak tentera turut mengharamkan semua ahli keluarga syuhada Mohamed Zaghlawan daripada memasuki kebun mereka, tanpa memberi sebarang amaran awal.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts