TEL AVIV, 30 Jan 2016 (WorldBulletin) — Seorang petani Yahudi dari Judean Lowlands, Tzion Dadush, bersama anaknya di denda sebanyak US$75,700 kerana mengambil pekerja tanpa permit dan menempatkan mereka di dalam sebuah reban ternakan.
Dadush mengambil seramai 14 pekerja dari Thailand secara haram untuk kerja-kerja memberi makan dan menyembelih ternakan angsa, tanpa sebarang tempat penginapan mahupun insuran kesihatan.
Lebih 4,000 rakyat Thailand bekerja di ladang-ladang pertanian Zionis.