Pihak penjara Zionis di Gurun Naqab dera dan ugut tahanan mogok lapar

RAMALLAH, 8 Mei 2017 (PIC) — Dua tahanan mogok lapar di Penjara Gurun Naqab, Ibrahim Abu Surour dan Nael Hussein, mendedahkan bahawa kesihatan tahanan mogok lapar semakin merosot di mana sebahagian daripada mereka tidak lagi dapat berdiri dan hanya terbaring di atas katil sehingga terpaksa mendapatkan bantuan rakan tahanan untuk ke tandas.

Buat pertama kali sejak mogok dilancarkan pada 17 April lalu, peguam dibenarkan melawat para tahanan semalam.

Dalam keterangan mereka kepada peguam Khaled Mahajna, Ibrahim yang berasal dari Beit Lahm mengesahkan bahawa beliau sedang mengalami masalah sakit belakang selepas terjatuh seminggu lalu, dan pihak penjara cuba memeras ugut beliau untuk diberikan rawatan sekiranya beliau menghentikan mogok.

Para tahahan di penjara tersebut dipaksa meminum air dari paip tandas dan diperiksa serta dipindahkan ke luar penjara hampir setiap hari, sehingga menyebabkan mereka keletihan.

Mereka ditekan supaya menghentikan mogok dengan tawaran pelbagai jenis makanan dan ditakut-takutkan dengan amaran ke atas kesan buruk di masa hadapan.

Sejak hari pertama mogok dilancarkan, semua barangan peribadi mereka dikeluarkan kecuali sehelai selimut, tilam dan pakaian seragam penjara. Mereka terpaksa mengenakan pakaian yang sama sepanjang 15 hari pertama. Kemudiannya, mereka hanya diberikan seluar dalam.

Khaled bagaimanapun mengesahkan semangat para tahanan tetap tinggi dan mereka akan meneruskan mogok sehingga tuntutan mereka dipenuhi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts