Pintu lintasan Rafah dibuka untuk hari kedua

GAZA, 30 Jun 2016 (Maan) — Pihak berkuasa Mesir membuka pintu lintasan Rafah, yang memisahkan penduduk Gaza dari dunia luar, buat hari kedua berturut-turut hari ini.

Pintu lintasan sempadan itu ditutup semula pada tengah malam tadi setelah dibuka sejak awal pagi, membenarkan lapan buah bas membawa seramai 572 orang penduduk Gaza memasuki wilayah Mesir. 13 orang dihantar semula ke Gaza kerana tidak mendapat kebenaran memasuki Mesir.

Manakala seramai 427 orang dibenarkan memasuki wilayah Gaza dari Mesir.

Pihak berkuasa Mesir dijangka membuka pintu lintasan Rafah sehingga hari Isnin, namun lintasan akan ditutup pada hari Jumaat.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts