Pintu Rafah akan dibuka hanya untuk jemaah haji

GAZA, 28 Ogos 2016 (MEMO) — Mereka yang terkandas di wilayah Mesir tidak akan dibenarkan Gaza apabila pintu lintasan dibuka selama tiga hari mulai Selasa ini.

Kenyataan Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza memaklumkan bahawa pihak berkuasa Mesir akan membuka pintu lintasan tersebut hanya untuk memberi laluan kepada jemaah haji Palestin menuju ke Arab Saudi. Seramai 2,008 penduduk Gaza akan mengerjakan haji pada tahun ini.

Lebih 4,000 penduduk Palestin terkandar di wilayah Mesir dan menunggu peluang untuk memasuki Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts