Pintu Rafah dibuka 2 hari untuk kes kemanusiaan

GAZA, 4 Sep 2016 (Maan) — Empat buah bas dan beberapa buah ambulan dibenarkan melintas masuk ke dalam wilayah Mesir hari ini, apabila pihak berkuasa membuka pintu lintasan tersebut untuk kes kemanusiaan sejak semalam.

Seramai 593 orang berjaya memasuki wilayah Mesir semalam, manakala 494 orang yang terkandar di Mesir dibenarkan melintas masuk ke Gaza. Seramai 49 orang tidak dibenarkan melintas sempadan.

Sekitar 25,000 penduduk Gaza mendaftar di Kementerian Luar sebagai mereka yang perlu keluar dari Gaza atas kes kemanusiaan.

Dalam pada itu, pintu lintasan akan dibuka pada hari Isnin bagi memberi laluan kepada 500 bakal haji bergerak ke Arab Saudi. Mereka merupakan keluarga syuhada dan pejuang yang cedera dalam serangan Zionis, yang diberi penghormatan oleh Raja Arab Saudi mengerjakan haji tahun ini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts