Pintu Rafah dibuka 4 hari

GAZA, 21 Feb 2018 — Pihak berkuasa Mesir hari ini mula membuka kedua-dua arah pintu lintasan sempadan di Rafah, bagi membenarkan kes-kes kemanusiaan dibawa keluar dari Gaza dan penduduk Gaza yang terkandas di Mesir pulang.

Pintu lintasan telah dibuka sebelum tengahari tadi, di mana bas-bas dibenarkan memasuki wilayah Mesir.

Terdapat hampir 35,000 kes-kes kemanusiaan yang berdaftar di Kementerian Luar Mesir.

Sepanjang tahun 2017, pintu Rafah dibuka hanya selama 35 hari.

(MEMO)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts