Pintu Rafah Dibuka Selama 2 Hari

GAZA, 3 Dis 2015 (PIC) — Pihak berkuasa Mesir membuka pintu lintasan Rafah selama dua hari bermula hari ini, khusus untuk kes kemanusiaan.

Lebih 25,000 orang penduduk Gaza mendaftar untuk mendapatkan kebenaran melintasi sempadan bagi keperluan kemanusiaan, termasuk pesakit yang memerlukan rawatan kritikal dan pelajar yang perlu menyambung pengajian di luar negara.

Rafah merupakan satu-satunya laluan ke dunia luar bagi penduduk Gaza, selain pintu lintasan yang ada di sempadan negara haram Zionis. Pintu lintasan ini hanya dibuka selama 19 hari sepanjang tahun 2015, di mana kali terakhir dibuka adalah pada 21 Ogos lalu. Pembukaan selama empat hari itu hanya memberi laluan kepada 2,579 orang keluar meninggalkan Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts