Pintu Rafah Ditutup Lagi

rafahGAZA, 11 Julai 2014 (Ma’an) — Pihak berkuasa Mesir menutup pintu di lintasan Rafah hari ini, setelah membukanya semalam bagi membenarkan mangsa serangan Zionis mendapat rawatan di luar Gaza.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Iyad al-Buzm, melaporkan, “Kami menerima arahan dari pihak berkuasa Mesir supaya menutup pintu di lintasan Rafah setelah kami membuka sebahagiannya semalam.”

Kementerian mengutuk keputusan Mesir itu memandangkan beberapa buah bas dan ambulan sudahpun bersedia untuk membawa pesakit keluar dari Gaza.

Hanya 11 orang pesakit berjaya melintasi Rafah pada hari Khamis.

Dengan bilangan kecederaan parah yang tinggi dan kekurangan bekalan ubat akibat embargo, hospital-hospital di Gaza tidak dapat menampung beban rawatan yang diperlukan.

Dalam serangan pada tahun 2012, Presiden Muhammad Mursi membenarkan pesakit Gaza di bawa keluar untuk mendapatkan rawatan. Bahkan beliau menghantar perdana menterinya ke Gaza sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada penduduk Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts