Pintu Rafah ditutup semula, 3,068 orang melintas masuk Gaza

GAZA, 9 Mei 2017 (PIC) — Pihak berkuasa Mesir menutup pintu lintasan sempadan di Rafah petang tadi, setelah membukanya satu arah selama empat hari bagi membenarkan mereka yang terkandas memasuki wilayah Gaza.

Sepanjang tempoh tersebut, seramai 3,086 telah dibenarkan memasuki wilayah yang terkepung itu.

Lebih 20,000 orang penduduk Gaza yang memerlukan kebenaran keluar segera, termasuk mereka yang perlu mendapatkan rawatan dan melanjutkan pelajaran, sedang menunggu pihak berkuasa Mesir membuka pintu lintasan arah keluar.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts