Pintu sempadan Rafah ditutup secara tiba-tiba

KAHERAH, 22 Feb 2018 — Pihak berkuasa Mesir petang semalam menutup pintu lintasan sempadan Gaza di Rafah secara tiba-tiba tanpa memberi sebarang notis.

Lintasan Rafah dijadualkan dibuka selama empat hari bermula semalam.

Tindakan tersebut menyebabkan ramai penduduk Gaza terperangkap di laluan transit antara wilayah Ismailia dan Arish di Mesir.

Semalam, seramai 652 penduduk Gaza dibenarkan memasuki wilayah Mesir termasuk mereka yang memegang passpot Mesir, empat buah bas yang membawa kes-kes kemanusiaan dan juga 10 buah ambulan.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts