PLC bersidang di pelabuhan Gaza sempena memperingati Freedom Flotilla

GAZA, 2 Jun 2016 (PIC) — Dewan Parlimen Palestin (PLC) mengadakan sidang khas di pelabuhan Gaza sempena memperingati ulang tahun keenam serangan tentera Zionis ke atas misi kemanusiaan Freedom Flotilla, dan sebagai protes terhadap sekatan berterusan rejim penjajah ke atas penduduk Gaza.

Timbalan Speaker Pertama, Ahmad Bahar, mendesak masyarakat dunia supaya berusaha menghapuskan sekatan dan membina sebuah pelabuhan laut di Gaza.

Menurut beliau, akibat sekatan sejak 10 tahun lalu 40% penduduk Gaza terpaksa hidup di bawah paras kemiskinan sementara kadar pengangguran mencecah 45% pada tahun 2015. Manakala pintu lintasan Rafah di sempadan Mesir hanya dibuka secara bersyarat selama 24 hari sepanjang tahun 2015.

Beliau turut menyeru supaya Pihak Berkuasa Palestin (PA) berusaha ikhlas untuk menyatukan seluruh penduduk Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts