Perdana Menteri mengajak semua negara Arab dan Islam untuk menggantung atau mengusir Israel dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Datuk Seri Anwar Ibrahim dunia menegaskan Israel mesti dihukum dan dihalang kerana pelanggaran berulang terhadap undang-undang dan norma antarabangsa.
“Jika dunia tidak ambil tahu sekarang, keganasan ini tidak akan dapat dibendung lagi, ia akan menyalakan api yang akan mengancam seluruh rantau ini dan seluruh dunia,” kata Perdana Menteri.
Beliau berucap pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab Islam di Riyadh, Arab Saudi.