Polis Ceroboh Al-Aqsa, Serang Jemaah

aqsa_attackAl-QUDS, 4 Ogos 2014 (World Bulletin) — Polis Zionis menceroboh masuk perkarangan masjid Al-Aqsa dan melepaskan bom tangan (stun grenade) serta menembak peluru getah ke arah para jemaah.

Laporan penjaga masjid menyebut puluhan polis Zionis menceroboh masuk melalui Pintu Al-Magharbeh dan menyerang para jemaah di Masjid Al-Qibli yang terletak di selatan perkarangan kompleks al-Aqsa. “Mereka menembak bom tangan dan peluru getah untuk memaksa para jemaaah keluar,” kata penjaga masjid tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan.

Menurut keterangan penjaga masjid itu lagi, serangan tersebut dibuat bagi memberi laluan kepada peneroka Yahudi masuk ke perkarangan masjid sempena ulangtahun “pemusnahan kuil” Yahudi, yang jatuh pada hari Selasa (esok).

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts