Polis pembunuh remaja Palestin dibebaskan

RAMALLAH, 24 Apr 2017 (PIC) — Polis Zionis yang menembak mati secara sengaja remaja perempuan Palestin Hadil Awad, 14, dan mencederakan sepupunya Nourhan Awad, 15, setahun setengah lalu dibebaskan dari sebarang tuduhan oleh Jabatan Penyiasatan Polis di Kementerian Kehakiman Zionis.

Askar terbabit sebelum ini didakwa melepaskan tembakan ke arah dua remaja Palestin itu, tetapi semua tuduhan digugurkan atas alasan tidak mempunyai bukti untuk mendakwa beliau.

Rakaman video kejadian menunjukkan Hadil bergelut untuk mempertahankan diri dari segerombolan pendatang Yahudi. Bagaimanapun beliau ditembak atas tuduhan cuba membuat serangan menikam.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts