Polis Serang Jemaah, Sekat Semula Kemasukan Ke Masjid Al-Aqsa

AL-QUDS, 27 Sep 2015 (Maan) — Polis Zionis hari ini mengenakan syarat yang sangat ketat ke atas penduduk Islam Palestin untuk memasuki Masjid Al-Aqsa menjelang tibanya hari kelapan musim perayaan Yahudi.

Semua lelaki Palestin berumur di bawah 50 tahun tidak dibenarkan memasuki masjid, manakala mereka yang dibenarkan masuk perlu menyerahkan kad pengenalan mereka kepada polis. Bagaimanapun tidak ada sekatan atau syarat umur dikenakan ke atas wanita.

Ramai yang terpaksa menunaikan solat diluar pintu-pintu masuk masjid kerana dihalang masuk.

Beberapa pertempuran berlaku di awal pagi apabila polis Zionis menceroboh masuk perkarangan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu dan melepaskan tembakan peluru getah dan bom pelali (stun grenade) ke arah para jemaah yang cuba menghalang.

Sepanjang empat hari sambutan Aidiladha yang berakhir hari ini, kaum Yahudi dihalang memasuki perkarangan masjid dan sekatan umur ke atas umat Islam tidak dikenakan.

Bagaimanapun ketegangan meningkat menjelang hari kelapan festival perayaan Sukkut Yahudi yang bermula petang Ahad. Pelampau Yahudi dijangka akan menceroboh masuk ke perkarangan masjid secara besar-besaran.

Penduduk Palestin dilaporkan bersedia mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada pencerobohan dan penodaan Yahudi dan merancang untuk berjaga di dalam Musolla Al-Qibli di selatan perkarangan masjid.

Awal bulan ini, pertempuran berlaku di perkarangan masjid selama tiga hari apabila polis Zionis menceroboh masuk dan membuka laluan kepada pelampau Yahudi menceroboh masuk menyambut perayaan serta melakukan ritual agama mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts