Polis Zionis akan kenakan sekatan ketat sepanjang Ramadan

BAITUL MAQDIS, 21 Mei 2017 (PIC) — Polis penjajah Zionis semalam mengumumkan beberapa langkah dan sekatan yang akan dikenakan ke atas penduduk Palestin yang berkunjung ke kota Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa sepanjang bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri.

Antara sekatannya, penduduk Palestin di bawah umur 30 tahun tidak akan dibenar memasuki Masji al-Aqsa dan Baitul Maqdis. Manakala penduduk lelaki yang berumur dari 30 hingga 40 tahun perlu mendapatkan permit untuk memasuki Masjid al-Aqsa, dan hanya dikeluarkan untuk hari Jumaat dan malam Lailatulqadar. Hanya lelaki yang berumur di atas 40 tahun dibenarkan memasuki masjid suci itu tanpa permit. Bagaimanapun, semua wanita dibenarkan masuk.

Di samping itu, hanya 500 permit untuk memasuki kota Baitul Maqdis akan diberikan melalui lapangan terbang Ben Gurion, tertakluk kepada pemeriksaan keselamatan.

Pada masa yang sama, hanya 500 permit akan dikeluarkan kepada penduduk Gaza yang berumur di bawah 55 tahun untuk setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan. Hanya 300 permit akan dikeluarkan pada hari minggu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts