Polis Zionis akan tukar pintu elektronik di Masjid al-Aqsa dengan dinding bergerak

AL-QUDS, 23 Julai 2017 — Polis dan pihak perbandaran Zionis memutuskan untuk menggantikan pintu-pintu elektrok mengesan logam yang di pasang di pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa dengan pagar bergerak bagi menyempitkan laluan-laluan masuk.

Pagar-pagar tersebut dipasang di samping kamera keselamatan di pintu-pintu masuk, untuk mengawal pergerakan para jemaah. Menurut polis, hanya jemaah yang dikesan sebagai suspek akan diperiksa secara manual menggunakan alat pengesan biasa.

Prosedur baharu ini turut melarang para jemaah membawa masuk sebarang jenis beg.

Namun prosedur baharu ini tidak pernah dibincang bersama Jabatan Wakaf yang bertanggung jawab ke atas urusan pentadbiran tapak suci umat Islam ltu. (Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts