AL-QUDS, 28 Ogos 2016 (PIC) — Pasukan polis penjajah Zioins pagi tadi membenarkan beberapa gerombolan pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa.
Tindakan provokasi pendatang Yahudi meninjau-ninjau perkarangan masjid itu diberi perlindungangan ketat oleh pasukan khas polis bersenjata. Beberapa pendatang melakukan ritual sehingga mencetus ketegangan, di mana para jamaah cuba menghalang mereka dengan melaungkan takbir Allahu Akbar.