Polis Zionis berlatih guna grenad pelali di tengah-tengah kejiranan Palestin

AL-QUDS, 20 Okt 2016 (Mondoweiss) — Rakaman sebuah video mendedahkan bagaimana pasukan polis sempadan Zionis berlatih menggunakan grenad pelali di tengah-tengah kejiranan al-‘Issawiya di al-Quds Timur pada akhir bulan lalu.

Ketika kejadian, kejiranan 16,000 penduduk Palestin itu sangat sunyi, sehingga mencetus kontroversi kenapa mereka melakukan tindakan provokasi seperti itu dan mengundang kemarahan penduduk.

Grenad dibaling di celah rumah-rumah, dan bukan di kawasan lapang.

Oleh kerana al-‘Issawiya terletak di lokasi strategik di koridor E1 yang menghubungkan al-Quds dengan penempatan haram terbesar Yahudi Ma’ale Adumim, tentera Zionis sering mengganggu penduduk bahkan merampas tanah mereka.

Polis sempadan adalah sebahagian daripada organisasi polis Zionis, yang ditugaskan menyerang, menangkap dan juga membunuh penduduk Palestin dalam kawasan yang terjajah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts