Polis Zionis berlatih serbu Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 27 Mac 2018 — Sekitar 700 anggota polis Zionis hari ini memulakan latihan menyerbu tapak suci Masjid al-Aqsa and menjadikan Kota Lama Baitulmaqdis sebagai zon larangan tentera.

Latihan yang dijalankan di pusat-pusat polis sempadan itu bertujuan untuk menguji kesediaan pasukan mereka dalam menghadapi sebarang senario “melampau”, termasuk menyerbu masuk al-Aqsa.

Polis Zionis juga bersedia bagi menghadapi perarakan besar-besaran penduduk Palestin bagi ulangtahun Hari Bumi ke-42, pada hari Jumaat nanti. Pasukan polis berpakaian preman dikerah secara besar-besaran ke seluruh kota Baitulmaqdis bagi tujuan tersebut, yang bertembung dengan perayaan Paskah Yahudi.

Terdahulu, kumpulan-kumpulan pelampau Kuil Haikal menampal poster-poster di pintu-pintu masuk Masjid al-Aqsa, mendesak supaya orang-orang Islam meninggalkan tapak suci itu sebelum 30hb Mac.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts