Polis Zionis biarkan pelampau Yahudi serang penduduk Palestin di Baitul Maqdis

BAITUL MAQDIS, 29 Jun 2017 (Maan) — Sebuah rakaman video yang disiarkan oleh media Zionis, Haaretz, hari ini mendedahkan bahawa pasukan polis Zionis membiarkan 30 orang ahli kumpulan pelampau Yahudi, Levaha, menyerang tiga penduduk Palestin dalam satu perarakan di Baitul Maqdis Khamis minggu lalu.

Ketiga-tiga mangsa yang merupakan penduduk al-Quds Timur berlari ke arah pasukan polis Zionis untuk mendapatkan perlindungan, namum polis hanya memeriksa kad pengenalan mereka dan membiarkan mereka dikejar serta dipukul sebelum berjaya lari menyelamatkan diri.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts